Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

~3rd Day of TaHLiL~

baru balik dari umah makcik aku kt keramat..
last kenduri & tahlil for arwah kazen aku..
hari ketujuh nnt wt kt sejid je laa..
senangg..
penat gk woo wt kenduri nih..
nk mengemas nye yg letih tuh..
nk membasuh pinggan mangkuk lg..
seb bek laa td pakai yang pakai buang je.. haha

bayangkan bnd atas ni tanpa sambal.. hambarrr...

makan nasi lemak td..
makcik belah lg satu yg wat..
tp yg sedeynye sambal nyer x cukup..
apeka ertinye nasi lemak tanpa sambal...
seperti rumah tanpa kunci rumah..
xlengkap.. hehe..
seb bek laa aku antara golongan terawal..
sempat gk rembat sambal tuh.. hehe..

ramai giler yang dtg..
kawan2 arwah mmg ramai arr..
time kebumi pn penuh member2 die..
agaknye time aku nnt byk camni x org yg dtg..
haaiiihhh...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

~Al-Fatihah~

Al-Fatihah..
cousin aku telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam..
dalam pkul 12.55pm..
jenazah dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Keramat..
arwah adalah cousin aku yang paling sulung sekali..
beliau kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam satu kemalangan..
4hr di dalam ICU dan hari ini Allah telah menjemput die kembali..
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Amin..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

~ BingKiSaN DaRi BuKu 2~

kite sambung pasal kandungan buku nih..
kali ni aku nk kongsi pasal Imam Mahdi lak..
banyak kite dgr orang bukan2 ngaku jd Imam Mahdi..
ape kesss..
kt sini ade hadis bekenaan ciri2 imam mahdi..
semoga kita dapat mengenal pasti yang mana benar yang mana palsu..
Wallahualam..

"
Telah bersabda Rasulullah S.A.W.: Sungguh, bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman.
Dan apabila kezaliman itu telah penuh, maka Allah S.W.T,
akan mengutus seorang laki-laki dari umatku,
namanya seperti namaku, nama bapanya seperti anam bapaku
(Muhammad bin Abdullah)
Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran.
Diwaktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya,
dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanam-tanamannya
Maka dia akan hidup bersama kamu selama 7 atau 8 tahun, Paling lama 9 tahun"

"Telah bersabda Rasulullah S.A.W.: Al-Mahdi berasal dari umatku,
berkening lebar, berhudung panjang dan mancung.
dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran,
sebagaimana ia (bumi ini) dipenuhi dengan kezaliman,
dan dia berumur 7 tahun"

* Imam Mahdi akan muncul ketika dunia
penuh dengan kezaliman dan peperangan..
*berasal dari keturunan arab dengan nama yang sama dengan Rasulullah..
*berkening lebar, berhidung panjang dan mancung..
*akan memakmurkan bumi bebas dari kesusahan hidup..
akan memerintah dalam janga masa 7,8,9 tahun..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

~ BingKiSaN DaRi BuKu~

4bulan lepas aku ade beli satu buku nih..
tajuknye..
"Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi dan Kemunculan Dajjal"
takut x tajuk die? huu..
buku setebal 480 ms ni menceritakn tentang kedatangan Kiamat..
yeah.. aku mmg sgt xcited bile bace pasal kiamat ni..
takut tu dh kompem2 la kn..
huuu..

inila bukunya..

aku just nk share tentang ape yg ade dalam buku ni..
untuk 1st edition ni, nk share ngn korang satu hadis Rasulullah S.A.W..

"Kalian akan mengadakan pendamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman.
Lalu kalian akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka.
Maka kalian akan selamat dan mendapatkan harta rampasan perang.
Kemudian kalian akan sampai ke sbuah padang rumput yang luas dan berbukit2.
Maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom, lalu dia mengangkat tanda salib lalu berkata:
'Salib telah menang'
Maka datang seorang kaum muslimin, lalu dia membunuh lelaki rom tersebut.
Lalu kaum Rom berkhianat dan terjadilah peperangan,
dimana mereka akan bersatu menghadapi kalian di bawah 80 bendera,
dan di bawah tiap2 bendera terdapat 12000 tentera"

dinyatakan dalam buku ni bahawa..
-Kaum Rom itu menunjukkan masyarakat Eropah dan Amerika
-'musuh dari belakang' pula merujuk kpd Komunis(Rusia dan China) dan golongan Syiah
-peperangan dengan 'musuh dari belakang' ini adalah perang dunia ketiga atau Perang Armageddon
-Perang menentang Bangsa Rom pula di gambarkan sebagai 'peperangan terbesar' atau Al-Malhamah Al-Kubra

Wallahualam..


p/s:fikirkanla pasal hadis ni..
dan korang relate kn ngn dunia skang..
Iran(syiah), Rusia dan China bekerjasama..
ianya semakin hampir..
Bahagian seterusnya tentang Imam Mahdi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

~Ha aLif LaM aLif LaM = HALAL~

halal..
apakah maksud halal pada mata korang..
mengikut syarak maksudnya ialah..
sesuatu yang dibolehkan atau dibenarkn..

kat sini malas laa nk ckap yg mane halal yang mane x..
korang pon lebih arif dari aku..
hehe..
just nak share ngan korang jer ni..
about badan2 islam oversea yg diiktiraf oleh JAKIM..

xramai yang tau ade byk gile bdan2 islam ni..
infact aku pun br tau sbb keje aku skang deal with halal matters..
so lpas ni kalo2 jumpe mane2 product yg ade logo ni..
jgn risau mereka selamat digunakan..
InsyaALLAH..

MALAYSIA

ni sume tau.. Halal JAKIM, Malaysia

BELGIUM

Islamic Food Council of Europe

BRUNEI

Religious Council Brunei Darussalam

VIETNAM

Islamic Community of HCMC

TAIWAN

The Chinese Muslims Associations
Taipei Grand Mosque

Thaichung Mosque

THAILAND

The Central Islamic Comittee of Thailand

SINGAPOREMajlis Ugama Islam Singapura

NEW ZEALAND
New Zealand Meat Management
Incorperated

Federations of Islamic Associations
of New Zealand

NETHERLAND

Halal Feed and Food Inspection
Authority

Control Office of Halal Slaughtering &
Halal Quality Control

Total Quality Halal Correct
Certification

INDONESIA

Majelis Ulama Indonesia

GERMANY

Halal Control e.K.

FILIPINA

Islamic Da'wah Council of Philipines

BRAZIL

Federations of Muslims Associations
in Brazil

CHINA

China Islamic Associations

UNITED STATES

Islamic Service of America (ISA)

Halal Food Council South East Asia

The Islamic Food and Nutrition Council of America
(IFANCA)

SOUTH AFRICA

South Africa National Halal Authority
(SANHA)

National Independent Halal Trust
(NIHT)

AUSTRALIA

Islamic Co-ordinating Council of Victoria
(ICCV)

Islamic Associating of Kattaning M

Halal - Sadiq Services

Australian Halal Food Services
(AHFS)

Adelaide Mosque Islamic Society
of South Australia

Khairat Melayu Islam Victoria

The Perth Mosque of Western
Australia Incorperated
The Australian Federation of
Islamic Council Inc.

Ni laa antara badan2 Islam yang diiktiraf JAKIM..
so kalo jumpe lambang ni kat mane2..
time g oversea ke kn..
jgn waswas laa nk guna produk tuh..
ada banyak lagi badan2 Islam antarabangsa yg diiktiraf JAKIM ni..
cthnya dr France, Uruguay, Japan, Denmark..
aku x ltak kt sini sbb xde lambang.. hehe


Sumber : JAKIM


p/s: Mencari yang halal adalah fardu bg umat Islam..
renung2kn dan selamat beramal..
hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments