~My ReSPecT FoR pRoFeSoR DaTuK Dr. DaiNg NaSiR IbRaHiM~

aku baru je nk tdo ni haa..
tetiba dapat msg dari Radzi..
die suh bace kt utusan bhgian pendidikan pasal UMP..
memang best citer nih..
jom bacer kejap..

Kedudukan UMP hampir tercorot

KUANTAN 3 Feb. - Sikap segelintir pegawai dan kakitangan yang tidak berdisiplin menjadi salah satu punca Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di kedudukan hampir tercorot di kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim menegaskan, pihaknya kesal dengan sikap pegawai dan kakitangan terbabit yang lebih mengutamakan soal remeh temeh tanpa memberi perhatian kepada aspek kualiti.

''Ada pegawai dan kakitangan yang menjadikan majlis-majlis pelancaran, perasmian dan perjumpaan di Kuala Lumpur atau di tempat lain sebagai keutamaan berbanding dalam

universiti ini.

''Kita lebih kerap memberi perhatian kepada perkara yang remeh. Kadangkala lebih menitikberatkan protokol dan kedudukan," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahunan 2009 di depan kira-kira 4,000 warga UMP di kompleks sukan universiti itu di sini hari ini.

Teguran Naib Canselor itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan pelajar yang hadir pada majlis tersebut.

Daing Nasir menegaskan, terdapat pegawai universiti itu yang kurang mengambil berat hal

ehwal pelajar selain tidak mementingkan masa.

''Peraturan yang dikenakan kepada pelajar juga tertumpu kepada perkara remeh-temeh berasaskan andaian dan buruk sangka.

''Kita lebih cenderung kepada perkara yang mudah seperti membuat peraturan ketat kepada pelajar sedangkan pegawai itu sendiri kurang selesa dengan perkara yang mencabar untuk meningkatkan kebajikan pelajar dan staf," katanya.

Menurutnya, kedudukan UMP di kedudukan hampir tercorot di kalangan IPTA di negara ini mengejutkan pihak pentadbiran universiti kecuali bagi 'mereka yang masih lena'.

Daing Nasir turut mengingatkan pegawai UMP supaya tidak 'syok sendiri' dalam menjalankan aktiviti seperti penerbitan sehingga kegiatan yang dilakukan tidak memberi impak kepada dunia di luar kampus.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap pegawai dan kakitangan UMP memberi nafas baru kepada slogan universiti iaitu 'kejuruteraan, teknologi dan kreativiti.'

''UMP memerlukan rekaan semula, berteknologi dan berinovasi. Nama UMP jelas telah memberikan kulit baru kepada universiti ini tetapi isinya masih jauh lagi dari sebuah universiti terkemuka dalam banyak aspek," katanya.

YH DATO' PROFESOR DR. DAING MOHD NASIR BIN DAING IBRAHIM
Ph.D Management Accounting (Dundee), MBA (Arkansas), BBA(Western Michigan),
Dip. Hotel & Catering Mgmt (ITM), C.A (Malaysia), FCPA (Australia)



hahaha.. padan ngan muka pegawai2 nih..
Jamalrizal ngan Ust Helmi..
korang terase x agak2 nyer ni ek..
peraturan bkn main lagi arr korang wat..
last2 x kemane nye wehhh..
aku mmg geram btol ngn dua org yang alim kononnye ni..
ade sesape yg geram ngn diorg ni x?
heeee..

Salute kepada NC yang baru nih..
mmg memperjuangkn student..
xmcm NC2 yg dulu tuh..
songlap duit je lebey..
hahaha..




p/s: sorry kalo ade yg tesinggung ek..
ini hanya pendapat peribadi..
lu pikir la sndiri..
UMP for life bebeh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

4 comments:

Unknown said...

wah bagus lah NC UMP ni, ada inisiatif dia nak membangunkan UMP ni kan. good good hee.

AK said...

dia maken popular maa
uish.. siap mention nama
yang jamalrizal mmg ada gak konflik ngn dia dulu
ust helmi aku takde pape prob.. thus. tatau la...
hoping better situation for ump

ChesterChaz said...

alin: emm bagos kn die.. rugi arr ak kua awal(awal apenye extend siap.. haha)

kamal: haha.. aku mmg anti 2 org ni arr.. kalo ko tny batch aku pn mmg dua ni gk laa.. haha.. yup.. all the best for UMP.. hehe

cIK dAiNk said...

respect la ngan uncle....

Post a Comment